MERUYUNGAN

Rumah Resep Berlimpah Rempah

Mengenal Kas Kas, Rempah Tambahan untuk Masakan Sumatera, Aceh hingga India


Kuliner nusantara, khususnya masakan daerah Sumatra dan Aceh sangat kaya akan pengunaan bumbu dan rempah. Salah satunya adalah kas-kas, (istilah Indianya khas khas atau  khus khus) atau white poppy seed (Papaver somniferum). Bumbu ini adalah adalah biji dari tanaman Poppy. Masarakat Timur Tengah mengenalnya dengan sebutan kashakish, karena susah mengejanya maka masarakat kita menyebutnya dengan kas-kas.

Rasa bumbu ini sedikit pedas, hampir menyerupai rasa lada namun tidak beraroma lada. Bumbu yang oleh masarakat Aceh disebut koca-kaci ini biasanya ditambahkan dalam masakan kari, gulai, mi aceh, soto banjar, taburan kue basbousa, taburan roti maupun bumbu nasi kebuli.

Bumbu ini akan meningkatkan rasa gurih, memberi efek rasa kental dan gurih seperti kemiri pada hidangan berkuah seperti soto dan kari. Kas-kas juga memberikan sedikit sentuhan rasa pedas. Selain varietas putih, kas-kas juga ada yang berwarna hitam. Bumbu dijual di gerai bumbu kering pada swalayan terkemuka. Teks/Foto: Budi Sutomo.

http://budiboga.blogspot.com/2009/04/mengenal-bumbu-dapur-kas-kas.html

Info Tambahan :

  • Khus Khus also known as Poppy seeds.These small, dried, bluish-gray seeds of the poppy plant measure less than 1⁄16 inch in diameter- . Poppy seeds have a crunchy texture and a nutty flavor. They’re used as a filling in various cakes, pastries and coffee cakes, as a topping for myriad baked goods, in salad dressings and in a variety of cooked dishes-particularly those originating in central Europe, the Middle East and India. Poppy seeds can be purchased whole or ground in most supermarkets. There are also beige and brown poppy seeds, which are more commonly available in Asian or Middle Eastern markets. Because of their high oil content, all poppy seeds are prone to rancidity. They should therefore be stored, airtight, in the refrigerator for up to 6 months. The flavor of poppy seed is augmented by toasting.In Ayurveda plant:English name :Khus-Khus Grass
    Ayurvedic name :Sevendara
    Scientific name : Vertiveria zizaniodies

    Curative Properties This plant is used in the treatment of typhoid fever, haemoptysis, phtisis, anaemia, and skin and blood diseases. It is also used for urinary disorders, piles and as a coolant and blood purifier .

    Source(s):

Kas-kas Dilarang Di Beberapa Negara Timur Tengah

Sumber : Kutipan surat yang tertulis pada beberapa web / blog, antara lain pada http://www.lwayersclubindia.com

http://www.lawyersclubindia.com/forum/Re-A-very-serious-warning-travel-to-UAE-and-other-Gulf-count-30436.asp

Dear Friends,

Yesterday only I  came to know of a case from a friend of mine which is very scary. One of his friends was traveling to UK via Dubai. Unfortunately he was carrying a packet of Khas Khas which is a commonly used spice in some Indian curries and sweets. Khas Khas is also known as poppy seed which can be sprouted to grow narcotics (afeem etc.).

This innocent person did not know that recently the laws in UAE and other Gulf countries have been revised and carrying Khas Khas is punishable with minimum 20 years of imprisonment or even worse with death penalty. Currently, the person is in a jail in Dubai for the last two weeks. His friends are frantically trying hard for his release but are finding that this has become a very very serious case. Lawyers are asking huge fees amounting to AED 100,000 even to appear in the court to plead for his innocence.

Please forward this email to all you know specially in India. They should know the seriousness of this matter and should never ever carry even minutest quantities of the following items when traveling to Gulf countries:

1. Khas Khas whether raw, roasted or cooked.
2. Paan
3. Beetle nut (supari and its products, e.g. Paan Parag etc.)

The penalties are very severe and it could destroy the life of an innocent person.

I appeal you to create the awareness by forwarding this Message to all you know.

Kas Kas, Halal Atau Haram ?

CATATAN TAMBAHAN  :  Telah terjadi debat yang cukup hangat di negeri jiran, Malaysia, sekitar tahun 2005, tentang wacana pelarangan penggunaan kaskas dalam masakan khususnya dalam Nasi Kandar (masakan India muslim) yang terkenal sangat banyak penggemarnya di Malaysia.   Karena pihak yang pertama meluncurkan wacana penolakan ini berasal dari seorang politisi melayu Malaysia maka para pengusaha Nasi Kandar (yang kebanyakan berasal dari kalangan Muslim India) melakukan protes dengan nuansa sedikit rasial dan muncul pula tuduhan persaingan usaha.

Menurut beberapa Ahli Ilmu Agama (Asatidz) dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang kami (redaksi) hubungi di Jakarta / Depok, dapat disimpulkan pengharaman Kaskas dalam masakan belum dapat diputuskan sebelum ada  dalil-dalil yang kuat.

1.  Pada dasarnya setiap makanan adalah halal kecuali yang telah jelas dalilnya di Qur’an dan Sunnah, contoh babi menjadi tidak halal (haram) karena telah jelas dalilnya di Qur’an dan Sunnah. Sedangkan makanan yang belum jelas dalilnya, maka kita tidak boleh segera mengharamkannya.  Artinya selama belum ada fatwa pemerintah muslim atau fatwa ulama, maka tidak boleh mengharamkannya.

2.  Dalil mengharamkan suatu makanan/minuman yang tidak nyata dijelaskan dalam Qur’an dan Sunnah hanya dapat diharamkan bila pemerintah muslim dimana kita menjadi warga negaranya telah secara resmi melakukan penelitian ilmiah dan membuktikan bahwa didalamnya terkandung bahan yang diharamkan secara syariat Islam. Sebagai informasi, Majelis Ulama Indonesia belum pernah mengharamkan penggunaan kas-kas untuk konsumsi umat Islam.

Wallahu ‘alam bish shawab

(Redaksi Meruyungan)

LAMPIRAN-LAMPIRAN TULISAN / BERITA MENGENAI KAS-KAS DI MALAYSIA (sebagai referensi)

AKSI PENGGUNA TERHADAP REMPAH KAS-KAS (Sumber dari salah satu Media di Malaysia)

Persoalan tentang penggunaan kaskas masih lagi belum selesai. Walaupun sudah sedikit reda dari kekecohan yang timbul sejak beberapa minggu lalu, rakyat masih lagi tertunggu-tunggu apa tindakan terkini kerajaan dan apa yang bakal disuarakan lagi tentang kaskas ini. Isu ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof yang menyatakan bahawa pengusaha restoran-restoran India Muslim telah menggunakan kaskas dalam hidangan mereka, menyebabkan pengunjung restoran menjadi ketagih terhadap masakan mamak. Penyataan beliau nyata menimbulkan pelbagai persepsi dan menarik perhatian masyarakat kita di seluruh negara. Berikutan dari itu, ada sebilangan orang-orang kita yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak lagi mengunjungi restoran-restoran mamak ini kerana bimbang turut menjadi ketagih. Pengusaha-pengusaha restoran mamak pula merasakan ini adalah satu sabotaj yang dilihat mampu mengganggu-gugat perniagaan mereka kerana ia memberikan imej yang buruk kepada restoran mamak. Berikutan dengan itu, pengusaha-pengusaha restoran mamak telah membuat laporan polis berkenaan penyataan ahli Parlimen tersebut. Baca selanjutnya…

Ramai yang menjadi bimbang apabila diberitahu yang kas-kas ini berasal dari pokok popi, sejenis pokok yang mashyur dan diketahui umum dapat menghasilkan sejenis dadah berbahaya yang dipanggil opium atau nama lamanya candu. Apabila menyebut pokok popi sahaja, minda kita sering terbayang dadah tersebut dan kita menjadi risau serta bimbang seolah-olah pokok popi ini amat membahayakan, patut dimusnahkan sama-sekali dan sebarang ekstrak atau hasil dari pokok ini tidak boleh digunakan atau dimakan kerana ianya beracun. Itu tanggapan kita. Tetapi sebenarnya pokok popi itu tidaklah membahayakan seperti yang disangka. Yang membahayakan ialah apabila ada pihak yang menyalahgunakan kejadian Tuhan ini dan menyelewengkannya demi untuk mengaut keuntungan peribadi sehingga terciptanya opium itu.

Bagaikan satu tindakan refleksi, pihak-pihak media hebat menyebarkan berita tentang isu kas-kas ini. Dalam pada masa yang sama, beberapa orang-orang penting kerajaan turut ditemuramah berkenaan penggunaan kaskas. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang disoal oleh pihak bernama dan disiarkan dalam akhbar tempatan berkata bahawa penggunaan kaskas sebagai bahan tambahan dalam masakan adalah salah dan haram mengikut Akta Makanan 1982. Mengikut berita tersebut juga dinyatakan bahawa kas-kas merupakan lateks dari bunga yang digunakan untuk menghasilkan opium. Tambah beliau lagi, adalah salah untuk memasukkan sebarang bahan stimulasi dalam masakan. Walau bagaimanapun penggunaan kas-kas adalah terkawal dan rakyat tidak perlu bimbang tentang itu.

Di sini, ingin saya perbetulkan kenyataan yang telah disampaikan oleh berita tersebut menyatakan bahawa kaskas adalah lateks dari bunga popi. Berdasarkan pembacaan dan kajian yang telah dibuat, kas-kas sebenarnya bermaksud biji popi yang telah dihancurkan. Biji popi ini diproses daripada bunga popi dan bukanlah lateks seperti yang didakwa. Terdapat perbezaan yang ketara di antara biji popi dan lateks. Lateks digunakan untuk menghasilkan opium yang kemudiannya boleh diproses menjadi morfin dan heroin. Ahli botani Universiti Malaya, Prof Dr Mohamed Abdul Majid berkata biji popi tidak mempunyai kandungan narkotik kerana cecair yang menghasilkan opium di dalam pucuk hanya wujud sebelum biji terbentuk. Opium adalah getah (lateks) yang telah dikeringkan daripada kapsul biji yang belum masak. Biji popi pula adalah dari jenis yang telah masak dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik. Ini jelas menunjukkan perbezaan di antara lateks dan biji popi tetapi kedua-duanya datang dari pohon yang sama. Menurut beliau juga adalah selamat untuk memakan biji popi kerana kandungan alkaloidnya yang sangat rendah iaitu 50 bahagian per million. Jika seseorang itu berhasrat untuk menjadi khayal dengan mengambil biji popi atau kas-kas, ia mestilah memakan sekurang-kurangnya 1 kilogram biji popi atau kas-kas sekaligus. Pengambilan sebanyak ini adalah mustahil sama sekali kerana biji popi akan terasa pahit apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak. Beliau juga menambah, jika seseorang itu memakan banyak biji popi, kehadiran unsur morfin boleh dikesan dalam ujian air kencingnya tetapi sehingga kini tiada sebarang eksperimen yang telah membuktikan bahawa pemakanan biji popi boleh membawa kepada penagihan.

Biji Popi bersaiz kecil, mempunyai bentuk seakan-akan ginjal dan berwarna kebiru-biruan. Rasanya sama seperti kekacang dan datang dari Papaver somniferum. Kas-kas sebenarnya adalah biji popi dari jenis yang berwarna cerah atau krim yang telah dihancurkan. Kebiasaannya, ia digunakan sebagai ejen pengental dalam masakan kari dan sos serta untuk menambah aroma. Selain itu biji popi juga diproses untuk menghasilkan sejenis minyak yang digunakan dalam produk-produk bakery seperti bagel dan muffin. Selain itu, ia juga ditambah dalam sayur-sayuran dan merupakan dressing kepada salad. Kebanyakan hidangan Turki menggunakan biji popi yang dipanggang manakala rempah-ratus India dan Turki pula melibatkan biji popi yang telah dihancurkan dan dikenali sebagai kas-kas di negara kita. Kas-kas ini diimport dari negara-negara tropika yang lain termasuklah India kerana penanaman popi adalah diharamkan di Malaysia. Tambahan pula, cuaca di negara kita adalah tidak sesuai untuk penanaman pokok popi.

Biji popi dihasilkan di pelbagai negara termasuk Netherlands, Australia, Romania dan Turki. Jenis biji popi yang ditanam di negara Belanda mempunyai kualiti terbaik dan banyak diimport ke Amerika Syarikat. Penanamannya telah bermula sejak 3,000 tahun yang lampau. Bunga popi yang boleh menghasilkan opium ini juga mempunyai nama botanik iaitu “sleeping bearing”. Jika anda pernah menonton filem kanak-kanak Wizard of Oz, anda akan dapati satu babak dimana Dorothy telah tertidur kerana dirangsang oleh bunga popi. Walau bagaimanapun, biji popi tidak mempunyai kesan sedemikian. Biji popi mula digunakan sebagai rempah-ratus seawal kurun pertama selepas Masihi. Mccormick merupakan salah satu syarikat yang mengedar dan menjual biji popi di seluruh dunia.

Sesuatu yang unik tentang bunga popi ialah ia merupakan simbol perwira yang telah gugur di medan perang dan juga merupakan lambang bagi memperingati Hari Veteran di Amerika Syarikat.

Sumber :

http://wannura.wordpress.com/2010/06/11/aksi-pengguna-terhadap-rempah-kas-kas/

http://www.tokeikedai.net.my/

General I Datuk Sofian Mohd Salleh yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian turut memberi ulasan terhadap isu kaskas. Menurut beliau pengambilan kaskas yang berlebihan boleh menyebabkan halusinasi dan ketagihan. Menurut beliau juga, kajian saintifik menunjukkan bahawa hidangan yang mengandungi biji popi boleh menyebabkan pemakannya apabila diuji, positif kepada opium. Namun setakat ini, tiada sebarang bukti nyata dibentangkan tentang perkara ini dan ianya masih samar-samar lagi.

ARTIKEL LAINNYA TENTANG KAS-KAS DI MALAYSIA

Artikel dibawah ini dipetik dari Utusan Malaysia
bertarikh : 04/07/2005

MELAKA 3 Julai – Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof berkata, beliau mendedahkan isu penggunaan `kas-kas’ atau biji popi dalam masakan di restoran mamak pada sidang Parlimen baru-baru ini atas dasar tanggungjawabnya kerana percaya bahan perangsang itu boleh memudaratkan orang ramai. Katanya, beliau tidak mempunyai niat buruk di sebalik pendedahan itu tetapi kerana bimbang ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada orang ramai tanpa disedari. Ini kerana menurutnya, bahan perangsang itu boleh menyebabkan rasa mengantuk serta memberi kesan seperti ganja dengan membuatkan mereka yang memakan makanan itu ketagih.
“Saya tak ada niat yang tidak baik, saya juga wakil rakyat kedai kopi dan salah seorang pelanggan tetap restoran mamak, saya cuma bimbang kesan `kas-kas’ itu boleh menyebabkan berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya. “Saya harap tidak timbul salah faham mengenai perkara ini di kalangan pengusaha restoran mamak kerana pada saya jika bahan itu memudaratkan tak perlulah kita gunakan sebagai penyedap dalam masakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 23 Jun lepas, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2005 bagi bacaan kali kedua, Mohd. Said mendedahkan terdapat pengusaha restoran mamak yang menggunakan `kas-kas’ sebagai resipi untuk menyedapkan makanan sehingga membuat orang ramai ketagih makanan di restoran itu.

Pendedahannya menimbulkan kemarahan dan kecaman Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia (Presma) terhadapnya. Sejak pendedahan beliau itu, penggunaan biji `kas-kas’ mula diperkatakan secara terbuka di kalangan masyarakat apabila dimaklumkan bahawa biji itu adalah biji pokok popi dan getah daripada bunganya boleh menghasilkan candu. Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mengesahkan bahawa penggunaan `kas-kas’ dalam makanan adalah diharamkan kerana menyalahi Akta Makanan 1982 dan bahan itu tidak pernah dibenarkan dijual kepada orang ramai.

Mohd. Said menarik perhatian, beliau mengetahui mengenai kesan buruk `kas-kas’ melalui rakannya yang makan nasi di restoran mamak di Melaka sebelum menaiki bas untuk ke Singapura telah didapati positif dadah apabila diperiksa oleh pihak berkuasa negara itu. “Saya dapat tahu perkara ini daripada kawan saya, dia makan nasi kira-kira pukul 10 pagi dan naik bas pukul 11 pagi. Semasa tiba di Singapura pihak berkuasa di sana membuat pemeriksaan rambang air kencing dan dia didapati positif dadah gara-gara makan nasi di restoran mamak,” jelasnya.

Malah tambah beliau, untuk membuktikan kesan `kas-kas’ ini seorang rakan di Parlimen pernah meletakkan biji bahan perangsang itu dalam tembakau rokok sebelum menghisapnya. “Tidak sampai lima minit selepas itu beliau tertidur kerana terlalu mengantuk. Mohd. Said memberitahu, biji kas-kas mudah didapati di kedai-kedai runcit yang menjual rempah. Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan terhadap bahan yang diharamkan itu.
Sumber : Utusan Malaysia 4 Julai 2005

No comments yet»

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: